Tak ada guna kita banyak duit tapi anak bini terabai
00:05Oleh Rafie Ramli
Viral betul kes isteri meroyan. Jadi saya rasa sesuai juga saya cerita pengalaman sendiri. Saya pernah terkena juga isu meroyan ini, masa itu isteri baru melahirkan Rania di Raya Haji. Kebetulan pula kenduri kahwin adik saya pada waktu itu.
Maka, semua orang sibuk, isteri yang masih baru lepas bersalin dan perut masih sakit kerana czer terperuk di dalam bilik, dikunjungi tetamu tanpa henti sehingga dia tak boleh berehat.
Tak boleh salahkan tetamu, nama pun kenduri, kan? Alang-alan tengok pengantin, masuk tengok baby sekali.
Jadi di hari kenduri yang sibuk, saya terlupa yang isteri punya makanan berbeza dan tak sedia apa-apa untuk dia. Memang terlupa sungguh pada hari itu.
Tiba-tiba isteri menangis petang itu. Dia tak nak bercakap dan tak nak beritahu kenapa dia menangis dan terus menangis tanpa henti. Nampak seperti mengalami kemurungan yang melampau.
Saya tanya lagi dan barulah dia meluahkan apa yang dia rasa. Dia tertekan kerana diberi makan nasi yang sejuk, tak boleh tidur dan penat menyusukan anak. Kecil saja halnya pun, kan? Tetapi emosi dia sangat tak stabil.
Saya bertuah kerana kakak-kakak ipar semua datang bagi sokongan moral dan pujuk isteri. Dan terakhir sekali guna kuasa ibu saya untuk memujuk, barulah isteri tenteram.
Bila dah malam, barulah isteri dapat makan makanan orang pantang. Tak silap saya pada masa itu isteri baru dua minggu berpantang. Alhamdulillah dia cepat mengawal emosi dan semua orang di sekeliling memberi sokongan sewajarnya. Jadi, baru peringkat awal meroyanlah.
Ikhlas cakap, hadapi isteri mengandung ini memang mencabar betul dan bila isteri bersalin nanti, lebih mencabar. Selepas itu, dua tahun menyusu pula. Allah. Sebagai suami, kena bertahan sahaja.
Tetapi saya terfikir, dari kahwin sampai sekarang dah enam tahun isteri saya tak berhenti mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Tiada satu tahun pun dia skip semua itu demi menjaga amanah yang dikurniakan Allah.
Betapa bodohnya saya jika menyakitkan hatinya. Saya cuma perlu bersabar. Anak dah besar nanti, inshaAllah semua baik-baik sahaja. Saya pun dah penat, anak pula yang akan menjaga kita nanti.
Allah ini, ketika isteri mengandung, Dia tak uji isteri. Paling banyak Dia uji suami dan sebab itu suami menjadi ketua keluarga. Bila jadi ketua, bukan hanya tahu mengarah sahaja. Tetapi kena tahu bekerja juga, kerja untuk anak isteri. Jaga makan, jaga hati, jaga jiwa. Rezeki kita dengan mereka.
Tak berguna kalau kita ada banyak duit tetapi anak dan isteri kita diabaikan. Kita tak jaga mereka, tak besarkan mereka. Kononnya kita bekerja keras untuk mereka. Tak guna kita kerja siang malam kalau hidup kita hanya untuk harta semata-mata. Ramai sungguh yang kerja untuk anak isteri tetapi anak isteri terabai.
Saya nasihatkan sebagai suami. Suami yang nampak pengorbanan isteri dan suami yang nampak isteri berubah sikap yang positif bila kita jaga mereka dengan baik.
Fahamkan tugas kita sebagai suami, sama seperti kita faham tugas kita mencari rezeki. Bersungguh betul kita. Tetapi bila soal jaga anak isteri, semua nak lepas tangan dengan alasan penat. Tiada hidup yang mudah. Yang ada cuma bagaimana kita fikir untuk mudahkan.
Sayang isteri, sayang anak bukan tinggal-tinggalkan sahaja. Tapi jaga-jagakan. Sekian celoteh konon dah 60 tahun berkahwin, padahal baru nak masuk tahun keenam.
from Viral Semasa http://ift.tt/2lAaLwc
via IFTTT
0 comments