Birthday Cake 'Duit' Anak Che Ta Jadi Bualan Netizen

22:10


10 Disember, Sabtu lalu, anak kedua Rozita Che Wan, Aniq Ezzra menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 18. Gambar-gambar majlis berkenaan dimuat naik oleh Rozita di laman Instagramnya, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

'Kek duit' yang menunjukkan not RM50 itu membuatkan netizen tertanya-tanya apakah ia adalah wang kertas yang sebenar atau sebaliknya?

Dalam masa yang sama, netizen turut memberi pandangan masing-masing mengenai kek duit tersebut. 



Tampil seorang individu menjelaskan bahawa kek duit itu bukanlah diperbuat dari duit sebenar. Sebaliknya, ia boleh dimakan begitu sahaja. 

"Kek diperbuat dari edible image duit, boleh dimakan. Duit betul tak boleh letak dekat makanan sebab duit adalah benda yang paling kotor," kata Norlen 82. 


Untuk pengetahuan, Aniq Ezzra dan abangnya, Ammar Effendy adalah anak kepada Azuar Effendy Zulkaply, bekas suami Rotiza Che Wan yang pertama.

Apa pun, selamat hari lahir buat Aniq dan semoga bahagia di samping keluarga tersayang. - The Reporter


from Srikandi http://ift.tt/2hkarzn
via IFTTT

You Might Also Like

0 comments

Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Popular Posts

Most Popular Posts

Blog Archive