Pegawai kelahiran Sarawak, Sabah & Labuan bertugas di Semenanjung diberi cuti (1 hari) tanpa rekod sempena pesta Kaamatan & Hari Gawai

01:53


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Razak bersetuju membenarkan pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia mengambil satu hari cuti tanpa rekod bersempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. 

Kenyataan media itu dikeluarkan oleh laman Facebook rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO) Malaysia, tiga jam yang lalu.

Jelas kenyataan itu, kebenaran mengambil cuti tanpa rekod satu hari itu berkuat kuasa mulai tahun ini. 


"Seiring dengan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam dan 1Malaysia, adalah diharapkan cuti tersebut dapat memberi ruang kepada pegawai kelahiran Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia untuk meraikan sambutan tersebut bersama-sama dengan keluarga khususnya dan warga Sabah dan Sarawak amnya," kata kenyataan itu. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2qMbBbR
via IFTTT

You Might Also Like

0 comments

Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Popular Posts

Most Popular Posts

Blog Archive