'Dia hanya sibuk dengan handphone, langsung tak peduli anaknya menangis'
21:12Oleh Azri Faez
Apa yang saya saksikan ketika waktu Iftar hari ini amat mensayukan hati dan dalam masa yang sama saya hampir tidak dapat mengawal kemarahan. Ketika itu, saya berada di medan selera di Pulau Pinang, saya ternampak pasangan suami isteri bersama tiga anak mereka masuk ke restoran yang sama.
Si isteri mengandung, nak jalan pun dah tak larat dengan anak mereka yang berusia antara 3 hingga 12 tahun. Si suami pula leka dengan telefon di tangannya terus pergi duduk di meja berhampiran. Dengan selamba meninggal anak dan isterinya yang terkedek-kedek berjalan.
Wanita itu kemudian beratur dengan anak perempuan sulungnya di kaunter, memesan makanan mereka untuk berbuka puasa, sementara dua lagi anaknya ditinggalkan bersama suami. Keadaan menjadi lebih teruk anak bongsu mereka mula menangis, mungkin mahu pergi ke arah ibunya atau lapar.
Si bapa tak peduli dengan anaknya yang sedang menangis, ralit sangat dengan telefon tanpa memandang si kecil itu yang menangis kuat. Dia hanya duduk di situ dan kedengaran bunyi "Shh.. Shh.. Shh" untuk mendiamkan si kecil itu. Langsung tiada usaha untuk menenangkan anaknya.
Isteri hanya mampu memandang anaknya dari jauh, dalam barisan di kaunter yang agak panjang dan waktu berbuka puasa sudah semakin hampir. Wajahnya sudah cukup menjelaskan yang dia penat dan kecewa. Kasihan pada anak yang sedang menangis. Semua pelanggan dalam restoran memandang mereka terutamanya si suami tak guna itu.
Ibu dan anak perempuannya terpaksa membawa dua dulang makanan ke meja makan. Sekali lagi, lelaki itu tidak endah, membiarkan isterinya menguruskan segala-galanya, sementara mata dia hanya memandang ke arah telefon. Bisnes juta-juta agaknya sampai tak tolong isteri yang sedang sarat mengandung.
Mereka mula makan. Lelaki itu makan seperti dia datang seorang saja, langsung tidak mempedulikan anak dan isterinya. Dia fikir dia seorang saja yang lapar ke apa? Isteri dia yang kena melayan dua anak kecil mereka itu dan tidak dapat makan dengan sempurna. Anak dia pula "nak yang ini, nak yang itu" ketika makan.
Selepas habis makan, lelaki itu kemudian keluar untuk merokok. Tak dilupakan, telefon masih di tangan. Dia tinggalkan anak-anaknya dengan isteri yang tak dapat makan kerana terpaksa menjaga anak-anaknya. Raut wajah isteirnya sedih, sesekali memandang ke arah suaminya di luar kedai ketika anak-anaknya sedang makan.
Bila lelaki itu masuk semula ke kedai, dia sambung makan balik. Tak peduli pun isteri dia dah makan ke belum. Tak peduli pun anak dia makan apa. Telefon memang tak lepas dari tangan. Dia deal bisnes dengan tokey mana sampai lupa anak isteri?
Kemudian, dengan malasnya dia membawa anak lelakinya ke tandas. Di kesempatan itulah si isteri berpeluang untuk makan dengan tenang. Telefon? Masih di tangan dan matanya. Pegang tangan anak pun macam nak tak nak saja. Boleh menang anugerah bapa dan suami tahunan kalau gini gamaknya.
Personally, saya malu dengan perangai dan kelakuan lelaki berkenaan yang memegang gelaran bapa dan suami. Isteri dia mengandung, Ya Allah, memalukan kaum lelaki. Kasihan isteri dia. Ya memang, jodoh dah ditentukan, tiada pertikaian di sini tetapi takkan tak terdetik dalam hati rasa kasihan dan sayang itu?
Pesanan buat perempuan, pilihlah lelaki yang betul-betul boleh menjaga anda di waktu senang dan lapang, di waktu susah dan sempit. Terpulang pada diri masing-masing sama ada nak bercinta sebelum atau selepas nikah. Tapi saya nak nasihatkan, biar kenal betul-betul dengan siapa yang anda hendak berkahwin.
Bak kata Prof Amirul (2016), Dean School of Biological Sciences USM, pi riki dulu. (Riki = Spy, Siasat) Tengok dia macam mana. Gila ke perangai je gila-gila. Tanya kawan-kawan dia tentang sikap dia. Jangan serbu tak pakai helmet.
Ada yang gaya bak artis, travel sana-sini tapi solat Jumaat pun tak sampai. Ada yang acah islamik, ostad google/fb, status ayat islamik tapi haram pengotor, bilik bau bangkai. Itu belum lagi yang tak ada adab, pemalas dan sebagainya.
Nasihat ini juga terpakai untuk kaum lelaki. Paras wajah yang cantik tidak boleh menjanjikan kebahagian selamanya tetapi sikap dan sifat yang cantik serta karekter yang baik akan memberikan kebahagiaan yang anda tidak boleh beli dengan emas permata atau 2.6 juta dolar.
Kepada mereka yang membaca coretan ini, saya doakan anda mendapat pasangan yang baik, memahami dan faham dengan maksud tanggungjawab dan toleransi dalam rumah tangga. Semoga mendapat pasangan yang tahu dan faham makna susah senang hidup sekali. Amin.
Ini pesanan untuk diri sendiri juga. Semoga menjadi suami dan ayah yang baik. Jadi contoh yang terbaik. Umur 25 tahun tapi nak kahwin, lambat lagi.
from Viral Semasa http://ift.tt/2rGCGh0
via IFTTT
0 comments