ALOR SETAR, KEDAH - Susulan kes seorang lelaki yang didakwa mencabul wanita dibelasah sehingga maut, mangsa tampil menceritakan kejadian ...
Selepas habis makan, lelaki itu kemudian keluar untuk merokok. Tak dilupakan, telefon masih di tangan. Dia tinggalkan anak-anaknya dengan isteri yang tak dapat makan kerana terpaksa menjaga anak-anaknya. Raut wajah isteirnya sedih, sesekali memandang ke arah suaminya di luar kedai ketika anak-anaknya sedang makan.
from Viral Semasa http://ift.tt/2rGCGh0
via IFTTT
Oleh Azri Faez Apa yang saya saksikan ketika waktu Iftar hari ini amat mensayukan hati dan dalam masa yang sama saya hampir tidak dapat ...
Dibawah kami sediakan apa yang menarik tentang TAUGE.
1. Cegah Kanser
Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.
4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.
5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.
6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.
P/S : Semoga memberi manfaat kepada pembaca semua. Enjoy Keep it Up
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2sop9qQ
via IFTTT
TAUGE adalah sayur yang paling simple dan senang untuk dimakan bersama nasi. Sedap dimakan apabila disediakan di dalam masakan antaranya s...
Foto Hiasan - Google Images |
from Viral Semasa http://ift.tt/2raRxia
via IFTTT
Foto Hiasan - Google Images HONG KONG - Seorang wanita didakwa di mahkamah kerana melakukan hubungan seks sumbang mahram dengan ba...
Jawaban:
Sumber : konsultasisyariah.com
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2qASVYG
via IFTTT
Pertanyaan: Ustadz apakah pingsan membatalkan puasa atau tidak? Dari: Rahim Jawaban: Alhamdulillah, was shalatu was salamu ‘ala...
Jawaban:
Rokok termasuk benda yang haram untuk dikonsumsi. Tentang hukum haramnya, tidak diragukan lagi. Orang yang merokok ketika berpuasa maka puasanya batal. Sebabnya, karena asap rokok mengandung banyak kumpulan zat yang masuk sampai ke perut dan lambung.
Sumber : konsultasisyariah.com
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2rU3YQI
via IFTTT
Pertanyaan: Assalamu`alaikum. Saya mau tanya kepada Ustadz, yaitu mengapa rokok dinyatakan membatalkan puasa dan inhaler tak membata...
Jawaban:
Sumber : konsultasisyariah.com
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2qASRIq
via IFTTT
Pertanyaan: Bagaimana hukumnya obat tetes hidung, mata dan telinga bagi orang yang berpuasa? Jawaban: Obat tetes hidung jika tetesan ...
from Viral Semasa http://ift.tt/2slTGFC
via IFTTT
KUALA LUMPUR - Susulan viral video yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki, polis tampil menafikan dakwaan itu dan menjela...
Jawaban:
Sumber : konsultasisyariah.com
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2ro7e6c
via IFTTT
Pertanyaan: Apakah muntah bisa membatalkan puasa ? Jawaban: Jika seseorang muntah dengan sengaja maka batallah puasanya. Dan jika munt...
Jawaban:
Dengan demikian kami katakan, “Jika perjalanan di waktu sekarang mudah – seperti yang dikatakan penanya – sehingga tidak memberatkan kebanyakan musafir untuk berpuasa, jika puasa tidak memberatkannya, maka lebih baik dia berpuasa.”
Sumber : konsultasisyariah.com
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2sm9XKE
via IFTTT
Pertanyaan: Bagaimana hukumnya puasa pada musafir pada saat ini, karena canggihnya alat-alat transportasi modern, memungkinkan mereka ti...
Jawaban:
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2rnJpvt
via IFTTT
Pertanyaan: Jika ada wanita haid yang setelah subuh baru mengetahui bahwa dia telah suci, apakah dia wajib puasa di hari itu atau harus ...
from Viral Semasa http://ift.tt/2riXqZl
via IFTTT
BRAZIL - Baru beberapa minit keluar dari rahim ibunya, bayi perempuan ini dah cuba nak melangkah kedua belah kakinya, mengejutkan kakitan...
Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.
Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.
Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh menjadi buncit.
Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas 5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah stabil.
Sumber: Detik Islam
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2qA7s7e
via IFTTT
Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil ai...
- 7 biji buah kurma, buang bijinya (untuk 1 hidangan)
- Air mineral secukupnya
- Susu UHT (boleh juga guna susu kambing)
- Tidak digalakkan menggunakan susu serbuk atau susu pekat manis
- Rendam kurma yang sudah dibuang biji di dalam air mineral hingga menutup permukaan kurma selama 1 malam. Anda boleh letak di dalam peti ais jika mahu sejuk.
- Ketika waktu sahur, tuang kurma yang sudah direndam beserta air rendamannya. Tambahkan susu UHT secukupnya.
- Kisar semuanya hingga halus.
- Minum selepas selesai makan sahur.
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2rTDyi9
via IFTTT
"Insya-Allah kurang lagi beberapa hari kita nak puasa. Tak tahulah larat ke tak tahun ni nak puasa. Harap sangat boleh puasa...
Bulan Ramadan sering dijadikan sebagai bulan berbelanja, sama ada membeli belah di bazar untuk berbuka, ataupun persiapan perayaan yang sering disambut dengan gilang-gemilang.
Kadang-kadang dalam keghairahan menyediakan persiapan itu, kita terlupa bahawa kita telah melakukan pembaziran. Allah SWT sangat tidak menyukai perbuatan ini.
Larangan mengenai pembaziran telah Allah SWT jelaskan dalam firmanNya;
“Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan melampau-lampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada TuhanNya.”(al-Isra’ : 26 dan 27)
Terdapat beberapa cadangan dalam usaha kita mengelak pembaziran, antaranya;
#1 – Membuat Rekod Pembelian
Membuat kira-kira ini mestilah berdasarkan rancangan untuk membeli berdasarkan kemampuan sendiri. Catat terlebih dahulu barangan yang hendak dibeli mengikut nilaian yang paling penting. Kemudian, bandingkan dengan wang yang dimiliki, sama ada mencukupi ataupun tidak.Rancangan pembelian ini bertujuan penting untuk meminimumkan perbelanjaan dan mengelakkan pembaziran.
#2 – Membuat Kajian Harga
Dalam keghairahan membeli barangan, jangan lupa untuk mengkaji harga terlebih dahulu, iaitu membandingkan harga-harga di kedai yang berlainan. Kadang-kadang, terdapat banyak perbezaan harga walau pada barang yang sama. Hal ini supaya dapat mengelakkan perbelanjaan yang lebih untuk sesuatu barang yang lebih murah nilainya.#3 – Cuba Mengawal Nafsu Dan Kehendak
Bukan hanya ketika berpuasa sahaja kita perlu menahan nafsu dan kehendak, malah ketika berbelanja juga begitu. Semasa membuat persiapan, jangan terlalu mengikut perasaan. Elakkan membeli juadah berbuka secara berlebihan kemudian makanan itu dibuang begitu sahaja kerana tidak habis dimakan. Bukankah itu sudah membazir?Begitu juga dengan persiapan perayaan, belilah secara berhemah. Jangan membeli kerana memenuhi keinginan dan kehendak mahupun untuk menunjuk-nunjuk kepada jiran.
#4 – Mengawal Wang Tunai
Bagi golongan yang sukar untuk mengawal kehendak semasa membeli, cuba kawal aliran pengeluaran tunai dengan wang yang cukup-cukup untuk membeli barangan penting sahaja. Ini bagi mengelakkan tindakan ‘terlebih berbelanja’ tanpa dirancang.#5 – Berbuka Puasa Dan Bersahur Di Rumah
Berbuka di rumah adalah lebih menjimatkan daripada berbuka di luar seperti di restoran, hotel atau sebagainya. Ini kerana di tempat yang selesa sebegitu kita terpaksa membayar dengan harga yang lebih mahal untuk makanan yang boleh kita dapati di rumah sahaja.#6 – Bertukar-Tukar Juadah
Hal ini boleh dipraktikkan ketika bulan puasa ataupun pada hari raya Aidilfitri. Bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga ataupun kenalan dapat menjimatkan, selain mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat.Sehubungan itu, sebagai umat Islam, selain dilarang melakukan perkara yang lalai dan merugikan, kita juga ditegah melakukan perbuatan yang membazir. Pembaziran adalah perbuatan yang dilarang pada bila-bila masa pun, bukan pada bulan Ramadan sahaja. Jadi carilah cara bagi mengelakkan diri tergolong dalam golongan yang kerap membazir ini.
Bulan Ramadan adalah bulan yang suci berbanding bulan-bulan yang lain, jadi hiasilah bulan Ramadan dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah diri dari hal yang tidak disukai Allah SWT. Semoga ruang untuk melakukan pembaziran pada bulan Ramadan dibendung dengan sifat bersederhana dan sifat-sifat baik yang lain.
Sumber: Utara News
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2rDgvID
via IFTTT
Bulan Ramadan sering dijadikan sebagai bulan berbelanja, sama ada membeli belah di bazar untuk berbuka, ataupun persiapan perayaan yang ...
RAMADAN menjelma lagi dan seperti biasa umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malam harinya dengan melakukan ibadat terawih di masjid-masjid dan surau-surau.
Ramadan adalah bulan yang sangat mulia, pada hakikatnya, kita perlu bersedia untuk menyambut kedatangan bulan ini dengan sambutan dan harapan agar ia akan menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik di sisi ALLAH.
Laporan khas sebuah media berhubung berbuka puasa ala bufet yang kini semakin popular dalam kalangan umat Islam di negara ini menunjukkan kehidupan umat Islam di negara ini pada masa kini semakin dilimpahi dengan kemewahan.
Setiap kali Ramadan menjelma, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tetap menyuarakan pandangan kepada umat Islam agar mengelakkan pembaziran dan kegelojohan di bulan Ramadan dan bulan-bulan yang lain serta turut menginsafi akan nasib umat Islam di negara lain yang tidak bernasib baik dalam memenuhi keperluan harian mereka.
Sepanjang Ramadan umat Islam digalakkan memakan makanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur, serta ditegah daripada melakukan pembaziran, tetapi malangnya masih ramai daripada kita yang memasak terlalu banyak hidangan atau dengan jalan paling mudah ialah membeli pelbagai juadah makanan dan minuman yang begitu banyak dijual di pasar dan bazar Ramadan yang dibuka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pada bulan puasa.
Disebabkan terlalu banyak makanan yang dihidangkan, kebanyakannya tidak termakan dan akhirnya terbuang begitu sahaja, pembaziran seumpama ini amat dilarang oleh Islam dan menyalahi konsep Ramadan itu sendiri.
Saban tahun apabila tiba sahaja Ramadan, hotel-hotel dan restoran mula dibanjiri dengan iklan bufet Ramadan bagi mempengaruhi umat Islam agar supaya berbuka puasa di sana dan pada tahun ini harga bufet Ramadan yang ditawarkan oleh hotel dan restoran telah meningkat.
Dengan kadar bayaran dan harga serendah RM28 ++ hinggalah RM100++, seseorang itu boleh makan dan minum seberapa banyak yang disukai dengan pelbagai hidangan sehingga menjangkau lebih daripada 120 sajian bufet dan makanan pencuci mulut yang begitu menyelerakan.
Bufet Ramadan ini turut diiringi dengan persembahan musik dan persembahan keroncong serta Ghazal malah ada yang menyediakan penghibur tempatan secara langsung ketika pengunjung sedang menjamu selera yang secara tidak langsung akan mengalih perhatian dan melalaikan daripada menghayati hikmah ibadah puasa itu sendiri di bulan yang mulia ini.
Terdapat juga hotel yang menyediakan kemudahan surau untuk memudahkan pengunjungnya menunaikan solat wajib dan solat sunat terawih, memandangkan Ramadan bulan yang mulia maka adalah lebih besar fadhilatnya untuk kita mengimarahkan masjid-masjid.
Biasanya pengunjung yang menikmati hidangan berbuka puasa secara bufet ini akan tertarik kepada makanan yang berbau harum dan kelihatan enak dimakan malah deria bau dan pandang sering menyebabkan seseorang itu mengambil makanan yang melebihi keperluannya.
Walaupun sikap melahap makanan ditegah dalam Islam, namun tiada apa yang dapat menghalang umat Islam daripada tunduk kepada nafsu makan mereka ketika berbuka, malah ada pula sesetengahnya beranggapan mereka perlu makan seberapa banyak yang mungkin supaya berbaloi dengan wang yang dikeluarkan.
Disebabkan terlalu banyak makanan diletakkan ke dalam pinggan, ramai orang yang tidak mampu menghabiskannya, dan akhirnya makanan itu terbuang begitu sahaja sedangkan berlebih-lebihan sehingga mendatangkan pembaziran adalah bukan sebahagian daripada ajaran Islam.
Adakah umat Islam tidak menyedari bahawa makanan adalah kurniaan ALLAH SWT yang amat besar untuk kita dan kita akan disoal di akhirat nanti mengenai pembaziran yang kita lakukan?
Ingatlah firman ALLAH SWT dalam Surah Al A’raaf, ayat 3, “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” Manakala Surah Al Israa’, ayat 26 dan 27, “Dan janganlah kamu membazir, sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.”
Jika kita meneliti semula jumlah makanan yang dibazirkan pada bulan Ramadan terutama bufet di hotel, kita akan menyedari bahawa ummah masa kini pada umumnya sudah kehilangan perasaan kasih sayang sesama sendiri.
Apa yang berlaku ini amat bertentangan sekali dengan amalan Islam dan keadaan ini amat memalukan kerana perkara ini berlaku di negara ini. Ia juga memalukan untuk menggalakkan dan mempromosikan kegelojohan.
Selain pembaziran makanan, banyak masa terbuang ketika berbuka di hotel kerana mereka cenderung untuk makan dengan banyak sehingga menjadi terlalu kenyang yang memungkinkan kesukaran untuk menunaikan ibadat solat khususnya solat terawih di masjid.
Suasana serta amalan berbuka puasa di hotel seperti yang disebutkan di atas langsung tidak mencerminkan keberkesanan dan keberkatan ibadat puasa itu sendiri yang antara lain menuntut ummah agar tidak keterlaluan makan dan minum yang sekali gus membawa kepada pembaziran.
Ingatlah akan sabda Nabi Muhamad SAW, “Lawanlah nafsu makanmu dengan menahan lapar dan dahaga kerana ganjaran pahalanya sama seperti berjihad di jalan ALLAH. Tidak ada pengabdian yang lebih besar kepada ALLAH daripada menahan lapar dan dahaga.”
Sehubungan itu, sempena hari yang baik dan bulan yang baik ini marilah kita bersama-sama kembali kepada ajaran Islam dan amalan yang sebenarnya serta tidak terpengaruh dengan perkara yang melalaikan dan merugikan.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa bulan Ramadan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun dan ALLAH SWT menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ibadat, ketaatan dan taqarrub kepadaNya untuk menyuci diri.
Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan keterlaluan dan semoga Ramadan ini akan dapat membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Sumber: Sinar Harian
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2scFeRb
via IFTTT
RAMADAN menjelma lagi dan seperti biasa umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadat berpuasa serta menghidupkan malam harinya ...
Bulan ramadhan adalah "Syaidul Syuhur" iaitu penghulu bulan. Apabila ia disebut sebagai penghulu, maka bererti ia melebihi dari bulan-bulan yang lain dari sudut fadhilat dan kelebihannya.
Di dalam Al-Quran ia disebut secara terang dan jelas berbanding bulan-bulan yang lain. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 185:
"Bulan ramadhan yang diturunkan al-Quran padanya, dimana al-Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan yang membezakan antara hak dan batil "
Dalam bulan ramadhan terdapat banyak amalan-amalan yang tiada pada bulan lain malah digandakan pahalanya lebih dari bulan-bulan yang lain. Tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa bulan ramadhan ini ialah bulan mendapat bonus dari Allah s.w.t. Sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya yang bukan hanya satu bonus yang ditawarkan malah sangat banyak dan berlipat kali ganda pula. Penjawat awam dapat duit raya setakat RM500 dan di Pulau Pinang RM 400. Kalaulah gaji seseorang RM3,000 maka sebenarnya kadar bonus RM500 itu hanya sekadar 1/6 dari gaji tidak sampaipun sekali ganda. Itupun kalau kita tak dapat heboh seluruh dunia.
Ini pula bonus Allah s.w.t yang akan kita dapat di negeri yang kekal abadi, Apakah kita tidak mahu merebutnya? Amalan yang sunat dibulan ramadhan adalah sama dengan ganjaran amalan wajib. Antara amalan yang terdapat pada bulan ramadhan yang tidak terdapat pada bulan lain ialah puasa, zakat fitrah, kelebihan beramal pada lailatul kadar dan solat tarawih. Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada hambanya bagi satu amalan yang baik ialah dengan 10 pahala ( 10 kali ganda ) sehingga kepada 700 pahala dan lebih dari itu. Di dalam Al-quran Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 :
"Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui "
Maknanya satu amal kebajikan Allah beri bonus paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda dan lebih lagi . Contohnya mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran. Bayangkan jika dilakukan pada bulan ramadhan. Mana ada Syarikat di dunia ini yang boleh beri kita bonus sebanyak itu. Malah Multi Level markerting (MLM) pun tidak dapat memberi pulangan dan kelebihan sebesar itu.
Lailatul qadar diberi oleh Allah s.w.t pada bulan ramadhan dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan. Bayangkan kalau 1000 bulan dijadikan tahun, maka jumlahnya ialah 83 tahun 3 bulan. Umur manusia akhir zaman pun kebanyakan tidak akan sampai ke tahap itu sebagaimana disebutkan oleh nabi s.a.w:
"Umur umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun"
Allah s.w.t menyatakan di dalam Surah al-qadr :
"Sesungguhnya kami telah menurunkan al-quran pada malam qadar. Dan apakah engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam qadar itu?. Malam Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin tuhan mereka,untuk mengatur segala urusan. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar"
Membaca al-Quran misalnya diganjar oleh Allah s.w.t pada setiap huruf yang dibaca dengan satu kebajikan dan seterusnya digandakan dengan 10 kebajikan. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu digandakan denga sepuluh. Aku tidak mengatakan : Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf"
Orang yang bersedekah pada bulan ramadhan juga diganjar pahala yang berlipat ganda sebagaimana rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Sesiapa yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka"
Maka apakah kelebihan dan tawaran yang dioffer oleh Allah s.w.t pada bulan ramadhan ini kita tidak berlumba-lumba untuk merebutnnya.
Sumber: Jais
via Bin Usrah
from Viral Semasa http://ift.tt/2rDbKia
via IFTTT
Bulan ramadhan adalah "Syaidul Syuhur" iaitu penghulu bulan. Apabila ia disebut sebagai penghulu, maka bererti ia melebihi...