Padah buang puntung rokok dalam lubang pembentungan

00:48


TEHRAN, IRAN - Seorang lelaki terselamat dari maut selepas membuang puntung rokok ke dalam lubang pembentungan yang mengakibatkan letupan besar, lapor Daily Mail. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Tehran, jam 9.52 pagi 29 Mac lalu, mangsa terdahulu dilihat berjalan sambil menghisap rokok sebelum membuang puntung rokoknya ke dalam lubang pembentungan itu. 

Beberapa saat kemudian, lubang pembentungan itu meletup dan serpihan batu mengenai muka dan badannya dalam kejadian yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian itu. 

Apabila debu letupan berkurangan, mangsa dilihat merangkak dan cuba keluar dari kawasan letupan itu. 


Difahamkan, video kejadian itu telah dimuat naik sejak Isnin lalu telah ditonton berjuta-juta netizen di seluruh dunia. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2p4lKiG
via IFTTT

You Might Also Like

0 comments

Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Popular Posts

Most Popular Posts

Blog Archive