'Takpe sayang, syurga menantimu di sana'
23:50- 6 hari si kecil ini menanggung derita denggi berdarah
- Bayi berusia 5 bulan ini mula demam panas suhu mencecah 40'C
- Pada awalnya, pihak perubatan belum dapat mengesan sebarang masalah pada bayi, Ujian darah juga dilakukan, namun darah arwah bebas dari denggi.
- Hari keenam, arwah disahkan menghidap denggi berdarah
- Takziah buat keluarga Zanariah Makhdar. Marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Aisy.
Oleh Zanariah Makhdar
Alhamdulillah syukur Ya Allah di atas anugerahMu yang terindah. Amanat yang dipinjamkan selama 5 bulan 8 hari cukup bermakna. Walaupun hanya seketika, tetapi mampu membuatkan ummi dan baba merasa sangat-sangat bahagia sayang.
Anak syurgaku Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz, tunggu ummi dan baba ye sayang.
Tahniah sayang, Ummi ingatkan Aisy dah pandai meniarap saja, rupanya Aisy memang bijak sampai boleh melawan penyakit yang sangat serius.
Sabtu 18 feb 2016, hari pertama Aisy demam panas. Suhu aisy 38,39.. Ummi & baba risau sangat sayang. 9.00 pm suhu aisy cecah 40, terus baba ajak ke hospital.. Doc bg ubat demam dgan masukkan ubat dekat Aisy.. Gambar ni hari kedua Aisy demam. Suhu masih 39. Ummi sentiasa mandikan dan lap aisy.. Ummi ikhtiar sejukkan bdn aisy dgn daun bunga raya. Wangi Aisy masa ni, bau segar anak syurga ummi.. |
Sejuk anak syurga ummi, ummi pakaikan napkin basah dekat bdn sayang.. sebab suhu aisy tak turun jugak walaupun dah makan ubat demam setiap 6jam.. Kuat betul aisy berlawan dengan penyakit tu.. |
Lemah sangat anak ummi.. Sentiasa nak dimanja dan dibelai.. Ummi rindu sayang nk peluk, dodoikan aisy.. |
Tangan kecil anak syurga ummi yang selalu ummi cium. |
Hari ke4, tinggi sayang suhu badan aisy.. ummi rasa ni bukan demam biasa sebab terlalu lama aisy menahan.. aisy terlalu pasif masa ni. |
Doktor dah mula on drip dekat aisy.. Masuk air dan antibiotik dlm bdn aisy.. badan aisy dah dehydrated sebab aisy kurang minum susu.. Tonsil sakit ye sayang sebab demam aisy dah lama..suhu tinggi sangat. |
anak syurga ummi dah dehyrated.. kulit muka pun dah kering.. comelnya anak ummi. |
Hari ke 5, aisy masih demam..doktor cakap tu mungkin viral fever..sebab takde tanda lain... |
Anak syurga ummi kuat sangat. |
Petang hari ke5.. aisy dah sejuk sgt, menggigil2 sebab ummi mandikan aisy dan lap badan aisy .. |
Aisy Zulqarnain Anak ummi yang baik.. tunggu ummi di syurga sayang.. |
Oxygen aisy dah tak sampai ke tisu badan.. walaupun masa ni pernafasan aisy masih normal, tapi doktor bg oxygen dan aisy perlu masuk ICU.. |
Ummi redha dengan pemergianmu sayang.. Ummi halalkan setiap titik susu yang masuk dlm badan Aisy.. tenanglah anak ku, tunggu ummi dan baba. |
Enam hari Aisy bertarung lawan demam panas, sampai hari keenam, akhirnya doktor berjaya kesan denggi berdarah. Tak apa sayang, syurga menantimu di sana.
Sedekahkan Al-Fatihah.
Aisy Zulqarnain bin Amirul Faiz
15 September 2016 - 23 Februari 2017
from Viral Semasa http://ift.tt/2myuCIq
via IFTTT
0 comments