SEDIH!!! Bayi 8 Bulan Menangis Hingga Akhirnya Meninggal dunia... Apa Yang ditemui Ibunya Memang Mengejutkan!!
21:38Kejadian yang tidak disangka-sangka ini begitu menyedihkan ibu bapanya. Sebelum kejadian tersebut berlaku, bayi yang periang itu sedang dijaga oleh ibu dan neneknya.
Walaup dijaga oleh mereka namun bayi ini masih juga dapat bergerak untuk mengambil barang yang bukan alat permainannya.
Bayi 8 Bulan bernama Rhea Jane itu maut selepas didapati menelan penutup botol air.
Seperti dilaporkan oleh viral4real, mungkin kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran berguna kepada setiap ibu bapa
Memang, bayi sebaya itu memang suka sekali memasukkan segala sesuatu ke dalam mulutnya.
Maka sudah sewajibnya orang tua harus berhati-hati pada sang buah hati agar kejadian yang malang ini tidak berlaku kepada anak merek seperti yang terjadi oleh Rhea Jane.
Akibat dari benda yang ditelannya itu, Rhea kesukaran bernafas.
Kejadian itu bermula ketika neneknya sedang mencari cucunya itu. Sementara, ibunya sedang nyenyak tidur.
Rhea diletakkan di dalam kereta sorong dan neneknya beranggapan bayi tersebut tidak akan dapat mencapai barangan.
Tapi siapa sangka, Rhea masih boleh mengambil tutup botol air mineral bersaiz satu liter. Padahal, ketika itu neneknya tidak melihat ada benda itu di sekitar Rhea tidur.
Ketika mendengar Rhea menangis, ibu dan nenek ini terus menghampirinya. Mereka melihat Rhea meronta sambil menangis kuat. Mereka menyedari bahawa ada sesuatu di dalam mulutnya.
Pada masa itu, ibu Rhea berjaya mengeluarkan tutup botol minuman tersebut dari dalam mulutnya. Tapi sayang sekali, segalanya sudah terlambat.
Rhea akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.
Ramai netizen yang memberikan doa dan simpati pada ibunya.
Tidak kurang juga ada netizen yang memberi komen supaya ibu bapa harus lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak mereka.
Lebih-lebih lagi jauhkan bayi dari barang-barang yang boleh berisiko membuat anaknya di dalam bahaya. Menurut ibunya, Rhea merupakan bayi yang ceria dan cergas.
Selain membuat orang tua senang, Rhea juga seringkali membuat saudara dan sanak keluarga menjadi terhibur dengan tingkah lakunya.
from Viral Semasa http://ift.tt/2mIUtxJ
via IFTTT
0 comments