Demi pelajar, guru tetap sumbangkan ilmu walaupun terpaksa pikul beban tumor 10 kg

05:11


THAILAND - Meskipun terpaksa pikul beban seberat 10 kilogram di bahu setiap hari, namun keadaan itu tidak menghalang seorang lelaki untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. 

Watchara Nadee atau nama panggilan Kru Lek, disahkan menghidap kanser di bahu kanannya sejak setahun lalu. Pada awalnya, keadaan Kru Lek tidak begitu teruk. Apabila bahunya mula membengkak pada awal tahun ini, Kru Lek pergi mendapatkan rawatan di hospital seperti biasa mengikut rutin temujanjinya sebelum ini.. 

Walaupun terpaksa memikul beban ketumbuhan tumor seberat 10 kilogram itu, Kru Lek tetap seperti biasa meneruskan kerjanya di Nakhorn Sawan Technical setiap hari. 

Sebagai guru, Kru Lek diberikan insuran perubatan, namun terhad kepada 100,000 baht bagi tempoh setahun. 

"Saya rasa keadaan dia adalah serius dan untuk merawat penyakitnya memerlukan perbelanjaan tiga kali ganda dari jumlah insuran yang diberikan. Bila had itu dicapai kelak, sudah tentu dia tidak mempunyai wang yang cukup dan rawatan terpaksa dikurangkan. Tidak ubah seperti orang miskin yang tidak berkemampuan mendapatkan perubatan di hospital," kata rakannya, Monk Bhin.


Menurut Kru Lek, dia enggan membuatkan ibunya yang berusia 74 tahun (lumpuh) berasa bimbang. Tambahan, dialah satu-satunya yang menjaga ibunya selama ini. Disebabkan itu, beliau menyembunyikan ketumbuhannya itu dengan kain. 

Katanya lagi, sokongan dan dorongan dari pelajarnya selama ini yang telah banyak membantunya untuk terus hidup mengharungi dugaan ini.

"Pelajar saya yang banyak memberikan kekuatan kepada saya untuk meneruskan hidup," katanya. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2lo9sPN
via IFTTT

You Might Also Like

0 comments

Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Popular Posts

Most Popular Posts

Blog Archive