'Pengalaman menghidap Bell's Palsy inilah yang paling memberikan kesan pada saya' - Liza
18:09Baca pengalaman Liza Semion menghidap Bell's Palsy, tak terbayang kesukaran yang terpaksa dilaluinya. Meskipun boleh disembuhkan dengan rawatan fisio terapi, namun dalam tempoh dua bulan itu juga menyebabkan penghidapnya kurang gemar berdepan dengan kamera dan cermin.
Bila muka sebelah kanan tidak dapat bergerak, kelopak matanya juga tidak dapat ditutup sehingga menyebabkan Liza terpaksa menggunakan seletop agar kelopak mata kanannya dapat ditutup bagi membolehkannya tidur/lelap.
"Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya kalau muka saya tak dapat dipulihkan semula. Malu jangan cakap, hilang keyakinan diri terus. Keluar rumah pun pakai topeng untuk cover. Lebih menakutkan lagi bila doktor cakap, jarang orang pulih 100%," tulisnya.
Meskipun doktor tidak memberi jaminan untuk pulih 100%, namun Liza tetap berusaha untuk memulihkan semula muka kanannya. Pelbagai kaedah rawatan yang dicuba termasuklah rawatan kampung dan akupuntur. Selain itu, ahli keluarganya juga banyak membantu dan memberikan sokongan.
Satu2 nya gamba raya yg saya uplod. Gambar ni selepas doc confirmkan saya Bells Palsy, (Pada yg btnya time tu betnya asal pelik sgt pose ko liza.. inilah jawpaan) |
Hampir sebulan selepas kena Bells Palsy. Rambut sebelah kanan tu sengaja biarkan terjuntai sebab utk cover muka & bengkak. Snap gambar ni kononnya nak uplod, tapi tgk muka senget terus cancel |
Ini my latest picture. saya rasa macam nda semetri suda, tapi nda apa la, saya terima seadaanya. Solutionnya senyumlah tayang gigi utk cover semuanya |
Menurut Liza, antara punca Bell's Palsy adalah jangkitan pada telinga, virus demam, tekanan, aircond dan lain-lain. Bell's Palsy juga boleh menyerang mangsanya di pelbagai peringkat umur, malah boleh terjadi berulang kali.
Nasihatnya, jika seseorang itu menghidap Bell's Palsy, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, 'lumpuh' yang dialami itu mungkin akan jadi berkekalan. - The Reporter
from Srikandi http://ift.tt/2iteoyY
via IFTTT
0 comments