Gelandangan rogol anak sendiri (11 kali) dipenjara 80 tahun, 110 sebatan
21:01KUALA LUMPUR - Seorang lelaki gelandangan dijatuhkan hukuman penjara selama 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Ogos lalu.
Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 38 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah di atas kesemua pertuduhan tersebut.
Tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna merah dilihat terkejut ketika mendengar keputusan yang dibacakan itu.
Hakim Datin M Kunasundary berkata, mahkamah tidak akan memaafkan perbuatan lelaki itu lebih-lebih lagi perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki bergelar bapa.
"Perbuatan rogol adalah tindakan yang memalukan. Lebih-lebih lagi mangsanya adalah anak perempuan awak sendiri, yang patut awak jaga dan lindungi.
"Perbuatan menjijikan awak ini akan menghantui diri mangsa selama-lamanya. Mahkamah tidak dapat membayangkan trauma yang dialami oleh mangsa selama awak bersama dengannya," katanya.
Bagi empat kes yang mengandungi masing-masing tiga atau dua pertuduhan merogol, tertuduh dihukum setiap satu penjara 20 tahun. Manakala tertuduh dihukum 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol. Bagi pertuduhan melakukan seks oral, tertuduh dihukum penjara 12 tahun.
Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap 19 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Lorong Haji Taib, Dangi Wangi dari 27 Ogos hingga 7 September lalu.
Menurut tertuduh, dia adalah anak yatim yang tidak mempunyai keluarga semenjak berusia 13 tahun dan terpaksa tinggal di jalanan serta mengumpul sampah untuk dijual bagi menyara kehidupannya.
"Ibu bapa saya telah meninggal dunia ketika saya berusia 13 tahun dan saya terpaksa hidup bersendirian. Saya pernah berkerja dengan dua buah organisasi NGO yang memberi makanan pada gelandangan di sekitar pusat bandar dan menerima RM34 sehari.
"Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan," katanya sambil menangis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - The Reporter
Sumber: Harian Metro, New Straits Times Online
from Srikandi http://ift.tt/2hDEkvv
via IFTTT
0 comments