Kejatuhan Melaka Ke Tangan Portugis 1511 Kerana Pemimpinnya Leka Sehingga Mengabaikan Rakyat & Negara - Sultan Perak

23:15


IPOH - Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa, rasuah berleluasa dan sistem cukai tinggi yang diperkenalkan boleh mengakibatkan pemerintahan jatuh sepertimana yang berlaku pada Kerajaan Melaka pada 1511, lapor Harian Metro.

Menurut baginda, sejarah Melaka perlu dijadikan iktibar oleh pemimpin dan rakyat di negara ini kerana, sekiranya ia tidak dijaga boleh menyebabkan berlakunya kejatuhan sesebuah pemerintahan. 

Baginda bertitah, kejatuhan Kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada 1511 adalah disebabkan pemimpinnya leka sehingga mengabaikan rakyat dan negara. 

"Selepas ketiadaan Tun Perak, tanggungjawab pentadbiran diserahkan kepada mereka yang kurang bijaksana. Rasuah berleluasa, sistem cukai yang tinggi yang diperkenalkan mengakibatkan pedagang beralih ke pelabuhan lain, di Acheh, Bantam, Patani dan Brunei. 

Foto - FB MB Zambry Abd Kadir
Foto - FB MB Zambry Abd Kadir
Foto - FB MB Zambry Abd Kadir
Foto - FB MB Zambry Abd Kadir
"Perdagangan di Melaka merosot dalam suasana berlakunya perpecahan sesama bangsa. Berlakunya perselisihan puak tua dan muda serta berlaku pula pengkhianatan rakyat tempatan dengan dibantu oleh orang luar," titahnya pada Sambutan Ulang Tahun Keputeraannya di Istana Iskandariah, hari ini. - The Reporter


from Srikandi http://ift.tt/2fNjKaG
via IFTTT

You Might Also Like

0 comments

Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Popular Posts

Most Popular Posts

Blog Archive