Keluarga,
komuniti,
Semasa
Sayu dan sedih. Kisah Benar. Makcik Tua ditinggalkan anak di pasaraya. Semoga Menjadi Iktibar kepada semua
22:43Hari Isnin petang, aku & wife pergi Giant untuk beli barang2 dapur. Masa nak ke parking, ada sorang makcik ni approached wife aku. Conversation makcik tu dengan wife aku macam ni:
Makcik : Nak, tinggal dekat mana?
Wife : Dekat Sri Gombak, makcik.
Makcik : Boleh tolong hantarkan makcik balik? Rumah makcik dekat dengan simpang tiga Masjid.Makcik tunggu anak makcik, dia kata nak balik rumah sembahyang dulu. Dia tinggalkan makcik dekat sini. Tapi sampai sekarang belum sampai lagi.
Wife : Nanti saya tanya suami saya.
Wife aku kesian sebab tak tau dah berapa lama makcik tu berdiri dengan troli sorang2 dekat pintu masuk Giant tu. Dah capai persetujuan, wife ajak makcik naik kereta. Makcik tu beli barang2 dapur. Termasuk beras. Bayangkan kalau makcik tu balik sendiri naik teksi atau bas. Macam mana nak angkat barang2 tu. Dah masuk dlm kereta, mak cik tu cuba call anak dia lagi (nama S*t* H***) nak beritahu yg tak payah ambil dia sebab ada org nak hantar balik. Makcik tu call banyak kali tapi anak dia tak angkat. Masuk voicemail. Makcik tu tinggalkan voice message. Dalam kereta, makcik tu tanya:
Makcik : Anak Kau berapa orang?
Wife : Dua orang, makcik.
Makcik : Bagusla. Nanti besar boleh tolong kau.
Wife : Anak makcik berapa orang?
Makcik : 6 orang. Tapi semua jauh2. Hujung minggu diorang balik rumah makcik. Dulu suami makcik yang selalu bawak makcik pergi Giant. Tapi dia dah meninggal sakit jantung bulan 8 ari tu (nada sebak)
Wife : takpela makcik..anak makcik ramai...boleh tolong makcik jugak.
Makcik : Anak ramai pun tak ada yg boleh menolong. Semua ada hal sendiri, dah ada keluarga. Anak dah tolong makcik, Allah je la yang balas jasa anak. Semoga murah rezeki anak.Makcik doa mintak Allah bagi makcik sihat, boleh buat kerja.
Diam. Makcik tu tunjukkan jalan nak ke rumah dia. Dari rupa rumah makcik tu, nampak macam org berada. Rumah banglo dekat Taman Perwira Indah, Gombak. Bila kami sampai, makcik tu turun dari kereta. Aku nampak anak dia dekat dapur. Tapi anak dia tak cepat2 buka pintu. Aku tolong angkat barang2 makcik tu sampai ke depan rumah. Baru anak dia buka pintu.
Anak Makcik : Mak pergi mana
Makcik : Mak pergi Giant, beli barang
Anak Makcik : Mak ni tak menyempat-nyempat (Dengan muka yg bengis.Macam nak marah pun ada)
Kalau ikutkan hati, nak aje aku sound anak dia - jangan buat mak awak macam ni. Berdosa besar dik. Tapi aku risau anak makcik tu lepaskan marah dekat makcik tu pulak. Wife bersalaman dengan makcik tu. Makcik cakap terima kasih lagi. Tapi anak dia senyap & pandang je wife aku. Senyum pun tak. Makcik tu angkat barang sendiri sambil anak dia perhatikan je & mulut terkumat kamit membebel dekat makcik tu.
Sepanjang perjalanan balik, aku tak habis2 berfikir, macam mana seorang anak boleh buat mak macam tu. Tinggalkan emak yang umur dalam 70an (nampak uzur). Berdiri menunggu seorang diri. Semoga Allah memberi hidayah kepada anak2 makcik tu. Hidup umpama roda. Kita tak tahu nasib kita masa akan datang. Berbuat baik & berbaktilah kepada ibu bapa kita jika mahu hidup diberkati Allah. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan makcik tu supaya kami lebih menghargai ibu bapa. Pesanan kepada anak makcik tu jika terbaca kisah ini, hargailah ibu bapa anda. Kita hanya ada satu-satunya ibu di dalam dunia. Semoga insaf.
Sumber :http://citemalaya.blogspot.my
0 comments