,

Majalah Playboy Pertama Kali Tampilkan Wanita Islam Bertudung

05:44

Majalah Playboy yang terkenal dengan imej wanita seksi dan pornografi, menjadi bualan ramai di seluruh dunia apabila buat pertama kalinya menampilkan wanita Islam bertudung di muka tengah.
Wajah wartawan Amerika Syarikat, Noor Tagouri, yang tampil dalam ‘Renegades’ edisi Oktober majalah itu, membincangkan isu tentang lelaki dan wanita yang sanggup mengambil risiko termasuk nyawa untuk melakukan sesuatu yang disukai.
Tagouri, 22 yang bertugas di Newsy, sebuah rangkaian berita video tampil ranggi mengenakan jaket kulit hitam, jeans, kasut dan tudung muncul dalam edisi Oktober majalah yang menyifatkannya sebagai ‘aktivis berbisa’.

Warga Amerika berketurunan Libya yang bercita-cita menjadi pembaca berita bertudung pertama di stesen TV komersil AS berkata, perjuangan beliau sebagai seorang wanita Muslim yang membesar di AS banyak membantu membawa kerjayanya ke hadapan.
Walaupun ramai melihat kemunculannya dalam Playboy yang kini berwajah baru sebagai suatu pencapaian, ada juga yang mengecam.
Menurut laporan media, The Muslim Vibe, hanya kerana ‘imej’ seksi dan bogel banyak dalam majalah tersebut dikurangkan selepas rombakan semula, tidak bermakna kita boleh sewenang-wenang terbabit dengan platform berkenaan dan menyertainya.

Seorang blogger, Nishaat Ismail turut mempersoalkan pertimbangan dan kebijaksanaan Tagouri bersekutu dengan sebuah institusi yang memperalatkan wanita.
“Adakah suara wanita terutama wanita Islam kini yang mendakwa bercakap bagi pihak kami hanya didengari oleh Playboy, majalah yang wujud sejak 63 tahun lalu untuk memuaskan nafsu lelaki dengan menatap imej tubuh separuh bogel wanita? kata Nishaat. – Agensi
Sumber : hanasuva

You Might Also Like

0 comments

Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Popular Posts

Most Popular Posts

Blog Archive