“Life begins at 40”. Ini bukan ungkapan kosong je, tapi itulah fasa sebenar kehidupan seorang lelaki.
Menurut Pakar Motivasi dan Kaunselor Keluarga,Hushim Salleh, ungkapan “Life begins At 40”, adalah bersangkutan dengan fitrah lelaki yang ingin berkahwin lebih dari satu.
Namun keinginan tersebut mungkin terbatas disebabkan kemampuan mereka, serta rasa kasih dan simpati pada isteri juga anak.
Menurut kajian, ramai lelaki yang berubah sikap selepas umur 40-an dek kerana orang ketiga sehingga melupakan peranan sebagai bapa dan suami.
‘Poket tebal’ membuatkan lelaki berusia lebih menarik di mata wanita
Kajian juga mendapati, lelaki berusia 40-an lebih menarik di mata wanita kerana dilihat lebih matang, mempunyai kerjaya yang stabil, tidak mudah marah dan lebih gentleman.
Pakar Toksikologi, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr. Norazlanshah Hazali, turut bersetuju dengan pendapat ada kategori lelaki yang mengaitkan keseronokan kehidupan mereka ketika usia melewati 40-an.
Semakin berusia, lelaki perlukan lebih kasih sayang & seks
Secara biologinya, semakin berusia lelaki itu, mereka perlukan kasih sayang dan tuntutan seks, berlainan wanita yang semakin menghampiri menopaus akan merendahkan tabiat seksual mereka.
Bukan itu saja, kebanyakan isteri tidak jaga pemakanan dan bersenam selepas berkahwin menjadikan badan mereka obes, punca lelaki berlaku curang.
KREDIT : UTUSAN
0 comments