Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal yang terpaksa menjadi seorang ibu dan ayah dalam masa yang sama.
Yevette Vasquez seorang ibu tunggal kepada 3 orang dari Texas ini menyamar menjadi seorang bapa untuk anak sulungnya hanya kerana tak sanggup melihat anaknya terlepas Hari Donut Bersama Bapa di sekolah. Dia menghantar anaknya ke sekolah dan pelik kereta lebih banyak daripada biasa pada hari tersebut.
Jadi dia tanya anaknya dan anaknya memberitahu ada Hari Donut Bersama Bapa pada pagi itu.
“Bukan mudah melihat ayah orang lain dengan anak mereka. Jadi saya hanya buat apa yang saya boleh hanya untuk melihat anak saya gembira.”
Sumber :SEMASA VIRAL
0 comments