Tetamu tak diundang di sambutan hari jadi ini telah menakutkan individu yang sedang merakam video ini. Ketika mereka sedang berseronok me...
Bila baju terlalu lama terperap dalam almari mulalah baju tu berbau hapak. Rasa tak selesa dan kadang kala timbul perasaan seperti orang di sekeliling turut menghidu bau tersebut.
Ni kami ada tips untuk pastikan baju dalam almari anda tidak berbau hapak tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
1. Serbuk Kopi – Serbuk kopi mampu menyerap bau yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi ke dalam bekas atau tin yang bertutup, tebuk lubang di bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Tak perlu isi serbuk kopi tu penuh satu tin, separuh pun boleh.
2. Sabun Buku – Sabun yang terdedah pada suhu bilik, mampu menghasilkan bau yang kuat untuk menjadikan bau pakaian anda lebih wangi. Pilih jenis bau sabun kesukaan anda dan letakkan sabun itu di atas satu lapisan kain nipis di dalam almari.
3. Uncang Herba – Isi uncang kapas dengan herba kesukaan anda. Contohnya bunga lavender atau serai, kemudian gantungkan atau letakkan di dalam almari yang bertutup.
Sumber: Wanista
from Srikandi http://ift.tt/2ellMu3
via IFTTT
Bila baju terlalu lama terperap dalam almari mulalah baju tu berbau hapak. Rasa tak selesa dan kadang kala timbul perasaan seperti orang d...
Allan Dixon, seorang jurugambar yang berasal dari Ireland bekerja dalam industri pelancongan dan dibayar hanya untuk berselfie dengan haiwan.
Menurut Allan, kunci untuk bergambar dengan haiwan adalah dengan memastikan mereka selesa dan tahap kesabaran seorang jurugambar perlulah setinggi gunung.
Lihat koleksi gambar menarik yang berjaya diambil oleh Allan.
Sumber: Daily Mail
from Srikandi http://ift.tt/2eOz96C
via IFTTT
Allan Dixon, seorang jurugambar yang berasal dari Ireland bekerja dalam industri pelancongan dan dibayar hanya untuk berselfie dengan haiwa...
Lelaki ini menunjukkan cara untuk memutuskan tali dengan menggunakan teknik geseran. Korang boleh guna trik ni masa terdesak. Kalau ada gunting atau pisau depan, tak perlulah gigih sangat nak guna teknik geseran ni. Nanti orang benci. HAHA!
Selamat mencuba!
Masa terdesak boleh guna trik ni
from Srikandi http://ift.tt/2eOauir
via IFTTT
Lelaki ini menunjukkan cara untuk memutuskan tali dengan menggunakan teknik geseran. Korang boleh guna trik ni masa terdesak. Kalau ada gu...
Ramai yang keliru dengan gambar ilusi optik ini. Gambar yang dimuat naik di Instagram @leonardhoespams ini jadi viral selepas ia menjadi topik hangat netizen di media sosial.
Cuba engok gambar kat bawah ni. Apa yang anda nampak? Sepasang kaki yang berminyak atau kaki dengan cat putih?
Tengok betul-betul.
Jadi, apakah jawapan anda?
Permainan ilusi optik seperti ini pertama kali jadi viral masa dress putih emas dengan biru hitam jadi pendebatan hebat. Masih ingat lagi tak?
BACA: Tahukah Anda Warna Sebenar #TheDress Pernah Viral Tahun 2015?
p.s: scroll sampai bawah untuk mengetahui apakah jawapan sebenar.
Jawapannya ialah kaki dengan cat putih. HEHE!
from Srikandi http://ift.tt/2e3JihA
via IFTTT
Ramai yang keliru dengan gambar ilusi optik ini. Gambar yang dimuat naik di Instagram @leonardhoespams ini jadi viral selepas ia menjad...
Imej dari onlyinyourstate.com
Pelik tapi benar! Gua yang terletak di Sweden, Potter County, Pennsylvania ini hanya menghasilkan ais ketika musim panas. Apa yang menjadikan gua ini unik adalah kerana lazimnya ais hanya akan terbentuk dalam suhu yang rendah tapi tidak di kawasan ini.
Gua unik ditemui pada tahun 1894 dan ketika itu tempat ini hanya dijadikan tempat menyimpan daging serta barangan fresh ketika musim panas.
Councersport Ice Mine dibuka pada orang awam pada tahun 1900 selepas mendapat liputan media. Bermula dari saat itu, gua unik ini menjadi salah satu tumpuan pelancong di Pennsylvania.
Akan tetapi pengunjung hanya boleh menikmati keunikan gua ini dari luar sahaja – itu kami tak pasti kenapa.
Berduyun-duyun pelancong datang membuat lawatan sehinggalah ia ditutup pada tahun 1989 dan kemudiannya dibuka semula pada 2014.
Imej dari onlyinyourstate.com
Imej dari onlyinyourstate.com
Sumber: onlyinyourstate
from Srikandi http://ift.tt/2fm2dWS
via IFTTT
Imej dari onlyinyourstate.com Pelik tapi benar! Gua yang terletak di Sweden, Potter County, Pennsylvania ini hanya menghasilkan ais keti...
Para saintis merancang untuk melepaskan berjuta-juta nyamuk yang telah dimodifikasi di Brazil dan Columbia untuk mengawal virus yang disebarkan nyamuk terumatanya virus Zika dan Chikungunya.
Nyamuk yang dijangkiti dengan sejenis bakteria yang dipanggil Wolbachia mampu mengurangkan keupayaan nyamuk untuk menyebarkan virus kepada orang ramai.
Projek bernilai $18 juta ini dibiayai oleh kumpulan perderma antarabangsa termasuklah Bill and Melinda Gates Foundation.
Projek ini dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2017 – turut dibiayai oleh oleh kerajaan Amerika Latin, Amerika dan United Kingdom.
Berdasarkan kajian yang mereka jalankan di Brazil, Colombia, Australia , Indonesia dan Vietnam, nyamuk yang dimodifikasi berjaya mengawal penyebaran denggi ke atas manusia.
Menurut Dr. Trevor Mundel dari Bill and Melinda Gates Foundation, “Wolbachia boleh menjadi pelindung berevolusi terhadap penyakit yang disebarkan menerusi nyamuk”.
Program ini akan dipantau selama tiga untuk memeriksa sama ada kes demam denggi. Zika dan Chikungunya menurun atau tidak.
Sumber: BBC & SiakapKeli
from Srikandi http://ift.tt/2eLj3e2
via IFTTT
Para saintis merancang untuk melepaskan berjuta-juta nyamuk yang telah dimodifikasi di Brazil dan Columbia untuk mengawal virus yang diseb...